Page 213 - SAINS T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 213

AKTIVITI RIA





                     MARI UJI            Yang Stabil, Yang Kuat



             Tujuan: Mendefinisikan secara operasi kekuatan
             dan kestabilan binaan
                     EKSPERIMEN
            Alat dan bahan: penyedut minuman, pita pelekat,
            kadbod bersaiz A3
                     INFO SAINS





                     SANTAI SAINS





                     IMBAS KEMBALI




                     ASAH MINDA
                                               contoh binaan
            Langkah-langkah:
            1.  Bincangkan struktur binaan yang akan dibina dengan mengambil kira
                 faktor kestabilan dan kekuatan.

            2.   Letakkan kadbod bersaiz A3 di atas meja.
            3.   Bina struktur binaan dengan menggunakan penyedut minuman dan
                 pita pelekat di atas kadbod bersaiz A3.
            4.   Bincangkan dalam kumpulan kamu kaedah yang digunakan bagi
                 menguji kestabilan dan kekuatan struktur binaan yang telah dibina.
            5.   Bandingkan hasil struktur binaan kumpulan kamu dengan hasil struktur
                 binaan kumpulan lain.

            6.   Bincangkan hasil pemerhatian kamu di hadapan kelas.

              Soalan:
              1.   Struktur binaan yang manakah yang paling kuat dan paling stabil?
              2.   Apakah definisi secara operasi bagi kestabilan suatu objek dan binaan?
              3.  Apakah definisi secara operasi bagi kekuatan suatu objek dan binaan?



              8.2.6
              8.2.7
              12.1.1,
              12.1.2,                                                                                205
              12.1.6
   208   209   210   211   212   213   214   215   216   217   218