Page 23 - SAINS T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 23

Organ Pembiakan Perempuan


             Organ pembiakan perempuan terdiri daripada faraj, uterus, tiub Fallopio
             dan ovari.






                            uterus
                          Tempat untuk embrio berkembang
                          dan membesar. Uterus juga dikenali
                          sebagai rahim.



















              ovari
             Tempat ovum atau                         tiub Fallopio
             “telur” dihasilkan                      Tempat proses persenyawaan
             setiap bulan.                           berlaku antara sperma
                                                     dengan ovum.







                                          faraj
                                         Saluran yang menerima
                                         sperma daripada zakar.







                                              Perihalkan fungsi organ pembiakan
                                              lelaki dan perempuan.



                       Sekiranya ovari membebaskan lebih daripada satu ovum
                       pada satu masa, terdapat kemungkinan berlakunya
                       kelahiran kembar jika ovum tersebut berjaya disenyawakan.                     15
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28