Page 73 - SAINS T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 73

Kad Muncul (Pop-up Card)

                                               Interaksi antara Hidupan
























                   Secara kreatif, hasilkan kad muncul (pop-up card) yang menarik
                   dan berwarna-warni untuk menunjukkan interaksi antara hidupan.
                   Gambar haiwan boleh didapati melalui enjin carian Internet, surat
                   khabar atau majalah.










             1.  Interaksi antara hidupan bermaksud hubungan antara hidupan yang saling
                bergantung antara satu sama lain.
             2.  Terdapat tiga jenis interaksi antara haiwan, iaitu:
                •  mangsa-pemangsa.
                •  persaingan yang terdiri daripada intraspesies dan interspesies.
                •  simbiosis yang terdiri daripada mutualisme, parasitisme
                    dan komensalisme.
             3.  Terdapat dua jenis interaksi antara tumbuhan, iaitu:
                •  persaingan untuk mendapatkan air, cahaya matahari, nutrien dan ruang.
                •  simbiosis yang terdiri daripada komensalisme dan parasitisme.
             4.  Yang berikut merupakan kepentingan interaksi antara hidupan
                kepada ekosistem:
                •  mengawal populasi hidupan
                •  memastikan kemandirian spesies
                •  mengekalkan sumber semula jadi
                •  menjaga keseimbangan alam

                                                                                                     65
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78