Page 80 - SAINS T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 80

Faktor-faktor yang Menyebabkan Haiwan
           Faktor-faktor yang Menyebabkan Haiwan
           dan Tumbuhan Diancam Kepupusan
           dan Tumbuhan Diancam Kepupusan

           Tahukah kamu bahawa aktiviti manusia merupakan ancaman terbesar
           kepada haiwan dan tumbuhan? Penggunaan sumber yang berlebihan dan
           tidak terkawal menyebabkan jumlah atau bilangannya semakin berkurangan.


             Pemusnahan habitat

            Pembinaan jalan raya dan
            pembangunan bandar baharu yang
            tidak terancang memusnahkan habitat
            semula jadi haiwan dan tumbuhan.
            Hutan turut dibakar untuk membuka                                         pembinaan
            kawasan pertanian baharu.                         pembangunan             jalan raya
                                                              bandar baharu

             Pemburuan haram

            Manusia menangkap pelbagai spesies
            haiwan dan tumbuhan secara berleluasa
            untuk dijadikan ubat-ubatan, makanan,
            perhiasan mahupun pakaian.
                                                                                     pembakaran
                                                                                        hutan










                       Bunga pakma dijual untuk            Tenggiling dijual untuk
                       dijadikan ubat tradisional.          dijadikan makanan.













                Gading gajah dijadikan       Kulit buaya dijadikan beg.         Kulit harimau
                   perhiasan mewah.                                           dijadikan pakaian.


      72       5.1.5
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85