Page 92 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 92

Menulis
                                  Kem Perkhemahan Muhibah

           Farisha berkongsi cerita tentang Kem Perkhemahan Muhibah yang
           telah berlangsung di sekolah kepada anggota keluarganya.


           Majlis telah dimulakan dengan acara sambutan ketibaan tetangga kehormat.
           Majlis ini adalah untuk menjalin pautan perpaduan antara murid di sekolah
           pelbagai aliran. Selain itu, persefahaman dalam kalangan murid dan ibu bapa
           dipupuk sejak dapat lagi di sekolah.

                Acara perasmian dimulakan dengan paluan kompang, tabla, dholak dan
           gendang Cina daripada Kelab Alunan Serumpun. Kemudian, tetamu dan
           murid-murid kaku menyanyikan lagu patriotik dan beberapa kuntum lagu
           muhibah seperti lagu “Setia”. Selepas itu, tetamu dan ibu bapa untuk beramah
           mesra dengan peserta melawat ke tapak perkhemahan. Mereka teruja apabila
           melihat murid-murid pelbagai kaum bekerjasama ketika menghias khemah.

                Penyampaian hadiah kepada badan beruniform sekolah ialah penutup
           acara majlis itu. Sebelum bersurai, semua murid dan tetamu ke kantin untuk
           menjamah selera. Mereka makan sambil dihiburkan dengan laungan lagu. Sikap
           mesra dalam mengukuhkan perpaduan kalangan murid dan ibu bapa mereka.




               Penggunaan kata                           Penggunaan struktur ayat

           salah          betul            salah                        betul

           tetangga       tetamu           Selain itu, persefahaman     Selain itu, persefahaman

           pautan             ___          dalam kalangan murid         dalam kalangan murid
                                           dan ibu bapa dipupuk         dan ibu bapa dapat
                ___           ___          sejak dapat lagi             dipupuk sejak di sekolah

                ___           ___          di sekolah.                  lagi.

                ___           ___                      ___                        ___
                ___           ___                      ___                        ___




                  Aktiviti
           Mengedit dan memurnikan teks dari aspek penggunaan kata dan struktur ayat.

                            • Bimbing murid mengenal pasti kesalahan penggunaan kata dan struktur ayat dalam teks.
                     Nota
                     Guru     Strategi PdP: Pembelajaran Koperatif             KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti
           78       3.3.2     EMK: Nilai Murni – Kerjasama
          KPM
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97