Page 16 - 2020 SK T5 Sejarah
P. 16
Perubahan pada Institusi Raja
Malaysia adalah antara negara yang mengekalkan warisan institusi
raja. Sejak zaman Kerajaan Melayu Awal, institusi raja menjadi simbol
kedaulatan dan kebanggaan kita. Institusi raja mengalami beberapa
fasa perubahan dari semasa ke semasa.
1 INSTITUSI RAJA PADA ZAMAN 2 INSTITUSI RAJA PADA ZAMAN
KERAJAAN MELAYU AWAL PENJAJAHAN BRITISH
• Raja atau sultan ialah ketua • Raja atau sultan dikekalkan
kerajaan negeri baginda. sebagai ketua negeri.
• Raja atau sultan mempunyai • Raja atau sultan tidak
kuasa mutlak dalam pemerintahan. mempunyai kuasa mutlak
• Segala dasar berkaitan dengan dalam pemerintahan.
pentadbiran, perundangan, • Raja atau sultan merupakan
kehakiman dan hubungan ketua agama Islam dan adat
diplomatik ditentukan oleh raja istiadat Melayu di negeri
atau sultan. baginda.
• Raja atau sultan dibantu oleh para • Penasihat British dilantik
pembesar untuk mentadbir bagi setiap negeri untuk
kerajaan. mengurus pentadbiran negeri.
Diorama para pembesar sedang berbincang
dengan sultan di balairung seri. Sultan-sultan Melayu bersama-sama
(Sumber: Kompleks Sejarah Pasir Salak) dengan Gabenor Negeri-negeri Selat.
(Sumber: Arkib Negara Malaysia)
AKTIVITI PAK-21
Kafe
1. Seperti suasana di kafe, murid duduk secara berkumpulan di sebuah meja.
2. Guru memberikan tajuk perbincangan, iaitu “Kepentingan Mempertahankan
Kedaulatan Institusi Raja”.
Saiz sebenar
S aiz sebenar
3. Murid membincangkan tajuk tersebut secara berkumpulan.
8 8

