Page 33 - 2020 SK T5 Sejarah
P. 33

Islam dan Perpaduan Masyarakat


                     Setiap agama menuntut umatnya mengamalkan nilai hidup yang baik.
                     Larangan terhadap perbuatan yang tidak baik juga ditetapkan dalam
                     setiap agama. Islam menuntut umatnya mengamalkan nilai sejagat
                     dan nilai kemanusiaan untuk membentuk perpaduan demi menjamin
                     kesejahteraan masyarakat.


                                      Toleransi                                 Kasih sayang
                      •  Bekerjasama dalam pelbagai                  •  Mengasihi dan mengasihani
                          urusan pekerjaan.                              orang lain walaupun berbeza
                      •  Menghormati tempat ibadat.                      agama.
                      •  Tiada paksaan dalam beragama.               •  Membantu
                                                                         mereka yang
                                                                         memerlukan.






                                                         Nilai Sejagat
                                                        dalam Agama
                                                         Membentuk
                                                          Perpaduan
                                Kesederhanaan                                     Perdamaian

                        •  Bersederhana dari pelbagai               •  Bermesyuarat untuk mendapatkan
                            aspek kehidupan seperti                     keputusan ramai.
                            berbelanja, bercakap dan                •  Tidak menjadi pencetus pergaduhan.
                            berpakaian.















                           AKTIVITI

                            1.    Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
                            2.   Setiap kumpulan perlu berbincang dan menyenaraikan nilai keagamaan
                                  yang boleh diamalkan untuk membentuk masyarakat harmoni.
                            3.   Bentangkan hasil dapatan anda.                                    Saiz sebenar

                                 Nota  Bimbing murid memahami nilai sejagat dalam agama untuk aktiviti.
                                 Guru                                                                    25
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38