Page 7 - 2020 SK T5 Sejarah
P. 7
Tajuk 8: Yang di-Pertuan Agong
Tajuk ini menerangkan cara pelantikan, alat kebesaran diraja dan bidang kuasa raja
berperlembagaan yang bertujuan untuk menghargai institusi raja sebagai payung
kepada rakyat dan negara. Tajuk ini membangkitkan semangat patriotik dan cinta
akan negara seterusnya memupuk penghormatan dan sanjungan kepada institusi
Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara.
Tajuk 9: Identiti Negara Kita
Tajuk ini menerangkan aspek kewarganegaraan yang dijelmakan melalui identiti
kenegaraan seperti Jata Negara, Bendera Kebangsaan, Lagu Kebangsaan, Bahasa
Kebangsaan dan Bunga Kebangsaan. Pengetahuan dan penghayatan terhadap
identiti negara ini dapat membentuk jati diri serta rasa bangga dan cinta akan negara.
Empat tajuk dalam buku teks Sejarah Tahun 5 Sekolah Kebangsaan ini dibahagikan
kepada 12 unit yang boleh berdiri sendiri sebagai satu modul. Setiap unit dalam buku
ini dibincangkan mengikut standard pembelajaran yang terdapat dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 5 (Semakan 2017). Pada akhir halaman
buku teks ini, senarai rujukan yang digunakan dalam penulisan dipaparkan bagi
memudahkan guru membuat rujukan.
Bagi memudahkan guru dan murid menggunakan buku ini, beberapa ikon digunakan.
SINOPSIS
Gambaran umum tentang pembelajaran dalam sesuatu unit.
APAKAH YANG AKAN ANDA PELAJARI?
Elemen ini dijelmakan secara tersurat dan tersirat sama ada dalam
teks, soalan atau dalam pelbagai bentuk aktiviti.
ASAS KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH
AKPS Murid boleh menganalisis secara kritis dan analitis terhadap sumber dan
peristiwa sejarah dengan mengaplikasikan Asas Kemahiran Pemikiran
Sejarah, iaitu elemen asas sejarah, konsep masa, susunan dan konversi
(pertukaran) masa, signifikan bukti, imaginasi dan empati, isu dan
masalah masa lalu, perbandingan masa lalu dan mencari sumber.
NILAI TERAS SIVIK
Elemen utama nilai murni yang diterapkan kepada murid.
GLOSARI
Menjelaskan maksud sesuatu perkataan yang sukar difahami
untuk memberikan kefahaman kepada murid.
KBAT
Soalan berbentuk aras tinggi diberikan untuk merangsang pemikiran
murid tentang peristiwa sejarah yang berlaku.
JOM BUAT
Aktiviti yang merangsang daya kreativiti murid berkaitan dengan topik
Saiz sebenar
yang dipelajari dalam sesuatu unit.
v

