Page 76 - 2020 SK T5 Sejarah
P. 76

Tok Janggut

                    Nama sebenar Tok Janggut ialah Haji Mat Hassan
                    bin Munas. Beliau dilahirkan pada tahun 1853
                    di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan.
                     Sebab Penentangan


                    ◆  Tok Janggut tidak bersetuju dengan pengenalan Sistem Penasihat British.
                    ◆   Penduduk tempatan dipaksa menerima sistem cukai dan peraturan tanah
                        baharu yang membebankan mereka.
                    ◆   Peraturan baharu British menimbulkan kesulitan kepada penduduk tempatan.
                      Peristiwa Penentangan


                    ◆  Pada tahun 1915, Tok Janggut menyerang dan berjaya menguasai Pasir Puteh.
                    ◆   British menyerang balas Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh.
                    ◆   Tok Janggut terkorban dalam pertempuran itu.





















                                                                                  TAHUKAH ANDA?
                                                                                   Sistem Penasihat British
                                                                                   merupakan bentuk

                    Lokasi kawasan penentangan Tok Janggut                         pentadbiran British yang
                    di Kelantan.                                                   menempatkan seorang
                                                                                   penasihat di negeri
                                                                                   tertentu. Penasihat British
                      AKTIVITI PAK-21           Kerusi Panas (Hot Seat)            bertanggungjawab
                                                                                   menasihati sultan dalam
                   1.  Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan               semua perkara kecuali
                       teks di atas.                                               agama Islam dan adat
                   2.  Seorang murid dipilih untuk duduk di kerusi yang            istiadat orang Melayu.
                       disediakan dan menjadi “Tok Janggut”.
                   3.  “Tok Janggut” akan menjawab semua soalan
             Saiz sebenar
                       daripada murid lain.

                   68
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81