Page 88 - 2020 SK T5 Sejarah
P. 88

Ke Arah Menuntut Kemerdekaan


                    Keperitan akibat dikuasai oleh penjajah menyebabkan rakyat bangkit
                    untuk menuntut kebebasan tanah air. Permuafakatan masyarakat dan
                    pemimpin pelbagai kaum memudahkan proses mencapai kemerdekaan
                    Persekutuan Tanah Melayu. Peristiwa perjuangan menuntut kemerdekaan
                    negara adalah seperti yang berikut:


                                                                            Ancaman Komunis

                                                                  Parti Komunis Malaya (PKM) melakukan
                                                                  kezaliman seperti membunuh,
                           Pendudukan Jepun                       memusnahkan lombong bijih timah
                                                                  dan ladang getah.
                   Pendudukan Jepun menyebabkan                   Keganasan komunis mengakibatkan
                   banyak kesengsaraan.                           darurat diisytiharkan di seluruh negara
                   Pemimpin tempatan bangkit                      pada tahun 1948.
                   menggerakkan perjuangan                        Rundingan Baling telah diadakan pada
                   untuk mendapatkan kemerdekaan.                 tahun 1955 tetapi gagal.
                                                                  Pada tahun 1960, darurat diisytiharkan
                                                                  tamat.






                 1942–1945                      1946–1948                          1948                  1945 –           1951




                                                        Malayan Union

                                      British memperkenalkan Malayan Union yang
                                      merupakan bentuk penjajahan baharu.
                                      Menghapuskan kuasa raja-raja Melayu.
                                      Orang Melayu yang dipimpin oleh Dato’ Onn
                                      bin Ja’afar bangkit menentang Malayan Union.
                                      Malayan Union digantikan dengan Persekutuan
                                      Tanah Melayu pada tahun 1948.


                      Cepat Jawab
                                                                     TAHUKAH ANDA?
                    Siapakah tokoh yang memimpin                    Darurat merupakan keadaan susah yang
             Saiz sebenar                                           datang dengan tidak disangka-sangka.
                    bantahan terhadap Malayan Union?

                   80
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93