Page 94 - 2020 SK T5 Sejarah
P. 94
Pemasyhuran Kemerdekaan
31 Ogos 1957 – Upacara pengisytiharan kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu disempurnakan oleh Tunku
Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur di hadapan raja-raja
Melayu dan rakyat serta perwakilan dari 30 buah negara Komanwel.
Tunku Abdul Rahman melaungkan “MERDEKA” sebanyak tujuh kali dan
disambut dengan gemuruh oleh rakyat yang hadir. Serentak dengan
itu, bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan diiringi lagu
kebangsaan Negaraku.
Pengisytiharan kemerdekaan membuka lembaran baharu bagi
Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara yang bebas dan merdeka.
Setiap rakyat perlu mempertahankan kedaulatan negara. Semangat
cinta akan negara perlu disemai sejak kecil lagi. Perpaduan antara kaum
menjadi teras bagi mengekalkan kemerdekaan dan keharmonian negara.
TAHUKAH ANDA?
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan
Abdul Hamid Halim Shah melaungkan “MERDEKA” dengan
mengangkat tangan sebagai simbolik bahawa negara
kita telah bebas daripada belenggu penjajah. Video Laungan
Merdeka.
Glosari
Secara berkumpulan, bincangkan kepentingan
mempertahankan kemerdekaan negara. Komanwel: Negara bekas
Saiz sebenar tanah jajahan British.
Nota Bimbing murid memahami kepentingan mempertahankan kemerdekaan bagi 7.3.3
86 Guru menjamin keharmonian negara. K7.3.6

