Page 108 - Sains_Tingkatan 4
P. 108

Genetik  Bab 5


                       Kaedah Kariotip


                                                                                               Sel dipindah
                                                                                               ke dalam
                       Sampel sel                              Bahan kimia lain
                        fetus/tisu              Inkubasi       ditambah untuk                  tiub dan
                         badan                  selama 2       menghentikan mitosis            diemparkan
                                                atau 3 hari.   di peringkat metafasa.          untuk
                                                                                               memekatkan
                                                                                               sel.
                                       Bahan kimia
                                      ditambah untuk
                                       merangsang
                                         mitosis                                               Sel dipindah
                                                                                               ke dalam tiub
                                                                                               baharu yang
                                                                                               berisi bahan
                     Gambar kromosom                                                           penetap.
                     dipotong dan disusun
                     membentuk kariotip.
                     Kariotip ini digunakan
                     untuk mengesan sebarang
                     keabnormalan pada
                     kromosom untuk mengesan   Slaid diperhatikan di   Larutan daripada tiub disedut dan dititiskan
                     sebarang penyakit        bawah mikroskop dan    ke atas slaid mikroskop dan ditambahkan
                     gangguan gen.            diambil gambarnya.     pewarna supaya kromosom lebih jelas.


                                            Rajah 5.24 Langkah-langkah dalam kaedah kariotip


                  Aplikasi Penyelidikan Genetik dalam Meningkatkan Kualiti
                  Kehidupan
                  Penyelidikan genetik telah dijalankan dalam pelbagai bidang demi manfaat manusia. Antara
                  penyelidikan genetik yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan manusia ialah sains forensik,
                  terapi gen dan genealogi genetik.

                                                          Sains Forensik

                                                          Sains forensik ialah satu daripada bidang sains
                                                          dan teknologi yang menjalankan kajian tentang
                                                          penyiasatan jenayah dengan mengenal pasti dan
                                                          mengesahkan kronologi sesuatu kejadian berdasarkan
                                                          bukti-bukti saintifik yang diperoleh.
                                                             Sains forensik memainkan peranan penting
                                                          dalam sistem perundangan dengan menyediakan
                                                          maklumat berasaskan saintifik melalui analisis bukti
                                                          fizikal. Semasa siasatan, bukti dikumpulkan di tempat
                                                          kejadian atau daripada seseorang yang terlibat,
                                                          dianalisis di makmal dan kemudian keputusan analisis
                  Gambar foto 5.7 Pakar forensik sedang   dibentangkan di mahkamah.
                  memeriksa cap jari di dalam makmal

                                                                                                       97
                     5.3.3
                     5.3.4




         BAB05_FA_CR_3.indd   97                                                                       31/10/2019   1:43 PM
   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113