Page 125 - Sains_Tingkatan 4
P. 125
6.1 Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Haiwan
Kembali Jenis Sokongan pada Haiwan
Kembali
Apakah sistem sokongan dalam haiwan? Rangka ialah sistem
Haiwan vertebrata
terdiri daripada ikan, sokongan kepada semua jenis haiwan. Terdapat tiga jenis sokongan
amfibia, reptilia, burung pada haiwan, iaitu rangka dalam, rangka luar dan rangka hidrostatik.
dan mamalia.
Rangka Dalam
Rangka dalam ialah jenis sokongan bagi semua vertebrata termasuk
manusia. Rangka dalam terbina daripada tulang atau rawan. Rangka
dalam berperanan untuk menyokong berat badan, melindungi
organ dalaman dan mengekalkan bentuk badan. Selain itu, rangka
dalam juga menjadi asas pautan bagi otot untuk menggerakkan
bahagian badan.
Katak Helang
Buaya
Ikan
Kucing
Gambar foto 6.1 Contoh haiwan yang mempunyai rangka dalam
Minda
Cetusan Minda Rangka Luar
Cetusan
Rangka luar ialah jenis sokongan bagi kebanyakan invertebrata.
Apakah jenis
rangka untuk ular? Rangka luar terdiri daripada lapisan keras kitin berlilin atau
Rangka dalam atau cangkerang. Rangka luar berfungsi untuk menyokong berat badan,
rangka hidrostatik? mengekalkan bentuk badan dan melindungi organ dalaman haiwan.
Selain itu, rangka luar juga merupakan tapak bagi perlekatan otot.
Kala jengking
Labah-labah
Udang
Ketam
Gambar foto 6.2 Contoh haiwan yang mempunyai rangka luar
114
6.1.1
BAB06_FA_CR_3.indd 114 16/10/2019 5:18 PM

