Page 196 - Sains_Tingkatan 4
P. 196

Kimia Industri  Bab 9


                  Mengapakah aloi dihasilkan? Umumnya, kebanyakan logam tulen adalah lembut dan mudah
                  terkakis. Ciri ini tidak sesuai untuk menghasilkan kebanyakan benda di sekeliling kita. Maka,
                  proses pembentukan aloi atau pengaloian dilakukan untuk membaiki sifat logam tulen.
                       Atom di dalam logam tulen tersusun secara teratur dan         Integras
                                                                                     Integrasi i
                  berlapis-lapis. Lapisan atom logam tulen mudah menggelongsor       Sains     dengan...
                                                                                     Sains
                                                                                               dengan...
                  apabila dikenakan daya.
                                                                                    SEJARAH
                        Daya dikenakan                                              Aloi pertama yang ditemui
                                                                                    ialah gangsa. Gangsa
                                                                                    ditemui beratus-ratus tahun
                                                                                    dahulu, iaitu pada zaman
                                                                                    prasejarah yang disebut
                                                                                    Zaman Gangsa. Pada
                                                             Lapisan atom           zaman itu, gangsa banyak
                                                          mudah menggelongsor       digunakan untuk membuat
                               Rajah 9.1 Susunan atom dalam logam tulen             alatan dan senjata.
                       Apabila satu atau lebih unsur logam atau bukan logam lain dicampurkan ke dalam logam
                  tulen, atom-atom unsur ini menyukarkan penggelongsoran antara lapisan atom logam tulen. Hal ini
                  demikian kerana atom unsur asing mempunyai saiz yang berlainan. Maka, aloi adalah lebih kuat dan
                  keras berbanding dengan logam tulen.

                           Atom logam tulen             Atom unsur asing

                                                                                    Cetusan Minda
                                                                                            Minda
                                                                                    Cetusan
                                                +                                  Adakah aloi wujud secara
                                                                                   semula jadi?
                                                Aloi


                    Apabila daya dikenakan,
                      lapisan atom logam                        Atom unsur asing
                   tulen sukar menggelongsor                    Atom logam tulen
                                          Rajah 9.2 Aloi
                       Komposisi atau peratus kandungan setiap unsur dalam aloi boleh diubah mengikut
                  kesesuaian penggunaannya.


                       Aktiviti       9.1                                                        Jalan Galeri


                  Tujuan: Membina model susunan zarah di dalam logam dan aloi.                   PAK21
                  Arahan:
                  1.  Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
                  2.  Pilih satu jenis aloi yang berbeza daripada kumpulan lain.
                  3.  Gunakan bahan-bahan kitar semula untuk membina model susunan zarah di dalam aloi dan
                     logam tulennya.
                  4.  Persembahkan model yang dibina di hadapan kelas.


                                                                                                      185
                     9.1.1





         BAB 09_FA_CR_3.indd   185                                                                     14/11/2019   2:46 PM
   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201