Page 287 - Sains_Tingkatan 4
P. 287
Peraturan Makmal dan
Langkah Keselamatan
Dalam Buku Teks Sains KSSM Tingkatan 4 ini terdapat beberapa eksperimen yang perlu
dilakukan di dalam makmal. Oleh itu, semua murid perlu mematuhi peraturan dan
langkah keselamatan di dalam makmal untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.
Sebelum masuk ke dalam makmal
1. Pastikan anda menggunakan makmal dengan kebenaran guru.
2. Jangan bawa beg atau barang yang lain ke dalam makmal.
Semasa di dalam makmal
1. Jangan berlari atau bermain di dalam makmal.
2. Jangan makan atau minum di dalam makmal.
3. Jangan rasa atau hidu sebarang bahan kimia.
4. Baca arahan dan simbol amaran pada label botol bahan kimia sebelum
menggunakannya.
5. Jangan halakan mulut tabung uji ke arah diri sendiri atau ke arah rakan semasa
memanaskan bahan kimia di dalam tabung uji.
6. Jauhkan semua bahan yang mudah terbakar dari api. Kemaskan rambut dan baju
supaya tidak terkena api.
Kecemasan
1. Ambil tahu kedudukan dan penggunaan pemadam kebakaran, selimut kebakaran dan
peti kecemasan.
2. Jika kulit anda terkena tumpahan bahan kimia, bilas menggunakan air yang banyak
dengan segera.
3. Jika mata terkena bahan kimia, bilas mata serta-merta menggunakan air yang
mengalir.
4. Jika tertelan bahan kimia, keluarkan bahan itu daripada mulut dan kumur dengan air
yang banyak. Laporkannya kepada guru dengan segera untuk mendapatkan rawatan
perubatan.
5. Jangan cemas jika baju anda terkena api, cuba gulingkan badan anda di atas lantai.
Guru akan meletakkan selimut kebakaran di atas badan anda untuk memadamkan api.
6. Laporkan semua kemalangan kepada guru dengan segera.
Sebelum keluar dari makmal
1. Tutup atau padam semua bekalan air, gas dan elektrik.
2. Bersih dan kemas semua radas yang telah digunakan.
3. Kembalikan radas dan bahan kimia ke tempat asalnya.
4. Lupuskan bahan sisa eksperimen mengikut kategori.
5. Basuh tangan anda.
276
Jawapan dalam buku_CR_3.indd 276 16/10/2019 5:21 PM

