Page 45 - Sains_Tingkatan 4
P. 45

3.1     Suhu Badan




                             Kembali       Tahukah anda apakah itu suhu? Suhu ialah darjah kepanasan dan
                             Kembali
                                           kesejukan sesuatu bahan. Suhu badan ialah darjah kepanasan dan
                   Kulit dan sistem endokrin   kesejukan badan kita. Kita perlu memastikan suhu badan kita
                   memainkan peranan       sentiasa berada dalam julat suhu normal. Memahami suhu badan
                   penting dalam mengawal   sangat penting kerana sebarang perubahan suhu badan sama ada
                   atur suhu badan.
                                           suhu badan meningkat ataupun suhu badan menurun ialah tanda
                                           bahawa badan kita menghadapi masalah kesihatan. Suhu badan
                                           kita memastikan badan kita berfungsi pada tahap yang optimum.
                                           Bagaimanakah kita mengukur suhu badan dan apakah alat yang
                                           digunakan untuk mengukur suhu badan?




                                CHEONG
                                             Suhu badan diukur menggunakan termometer.
                                             Terdapat empat jenis termometer yang boleh
                                             digunakan. Mari kita lihat Rajah 3.1 di bawah.



                                                  Jenis- jenis termometer





                      Termometer            Termometer            Termometer            Termometer
                        klinik                makmal                 rektal             inframerah


                  •  Digunakan untuk    •  Digunakan untuk    •  Digunakan untuk    •  Digunakan untuk
                    menyukat suhu         menyukat suhu         menyukat suhu         menyukat suhu
                    badan                 cecair                badan melalui         badan tanpa
                  •  Menyukat suhu      •  Menyukat suhu        dubur                 bersentuhan
                    dalam julat 35°C      dalam julat -10°C                           dengan badan
                    hingga 42°C           hingga 110°C
















                                               Rajah 3.1 Jenis-jenis termometer


                 34
                                                                                                  3.1.1





         BAB03_FA_CR_3.indd   34                                                                       16/10/2019   12:00 PM
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50