Page 86 - Sains_Tingkatan 4
P. 86
Genetik Bab 5
Apakah yang dimaksudkan dengan proses
pembahagian sel?
Benarkah ciri-ciri yang ada pada kita diwarisi
turun-temurun?
Apakah mutasi?
Bagaimanakah teknologi kejuruteraan genetik
memberikan kesan dalam kehidupan kita?
Rencana Sains
Rencana Sains
Bukti DNA
Anda mungkin pernah menonton
drama televisyen yang popular
dengan kes-kes penyiasatan.
Drama itu sangat menarik kerana
banyak memberikan pendedahan
tentang teknik-teknik penyiasatan
dalam bidang forensik.
Kes-kes penyiasatan jenayah dapat diselesaikan dengan mengumpul
bukti DNA. DNA yang ditinggalkan oleh penjenayah boleh dikenal pasti
oleh penyiasat atau ahli forensik dengan menggunakan teknik dan
peralatan yang moden. Dalam suatu kes jenayah, penjenayah mungkin
meninggalkan bahan bukti seperti cebisan kulit, rambut atau titisan darah
di tempat kejadian. Ahli forensik boleh menganalisis DNA daripada bahan
DNA daripada penjenayah.
bukti itu dan melihat jika DNA daripada sampel itu sepadan dengan sampel
Anda akan belajar tentang:
pembahagian sel
pewarisan
mutasi
teknologi kejuruteraan genetik
variasi
75
BAB05_FA_CR_3.indd 75 31/10/2019 1:42 PM

