Page 164 - BUKU TEKS SAINS TAHUN 5
P. 164

PENGEMBANGAN DAN PENGECUTAN BAHAN


           Bahan akan mengembang apabila menerima haba dan mengecut
           apabila kehilangan haba. Mari kita perhatikan situasi di bawah.


            Melia menuang air panas ke dalam botol minuman lalu menutup penutup botol minuman
            itu dengan ketat. Beberapa minit kemudian, dia mendapati situasi di bawah berlaku.

            Situasi 1












                            Apakah yang menyebabkan penutup botol terbuka?

           Udara yang terdapat dalam botol minuman mengembang apabila menerima
           haba dari air panas. Keadaan ini menyebabkan penutup botol terbuka.


            Melia mendapati dua gelas kaca bertindan dan sukar untuk dipisahkan.
            Dia melakukan aktiviti di bawah bagi menyelesaikan masalahnya.

              Situasi 2           Ketatnya,                    Gelas berjaya

                                                               ditanggalkan.
                                  gelas ini!













                                                    Masukkan ketulan
                                                    ais ke dalam gelas.

                        Mengapakah gelas yang bertindan dapat dipisahkan?

                       Apabila ketulan ais diletakkan ke dalam gelas kaca, gelas akan mengecut
                       kerana kehilangan haba. Oleh itu, gelas yang bertindan dapat dipisahkan.

                                                    Apakah kesan terhadap bahan apabila
                                                    menerima haba atau kehilangan haba? Mari
                                                    kita jalankan eksperimen untuk memerhatikan
         154
         154                                 HAWA   kesan haba ke atas bahan.
                         6.1.5
   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169