Page 190 - BUKU TEKS SAINS TAHUN 5
P. 190

SIFAT JIRIM



           Jirim di sekeliling kita dapat dikelaskan
           kepada tiga keadaan, iaitu pepejal,
           cecair dan gas. Setiap keadaan jirim          Bagaimanakah keadaan
           mempunyai sifat-sifat yang berbeza.           pepejal, cecair dan gas
                                                         dapat dikenal pasti?


                                      SIFAT PEPEJAL
                                      SIFAT PEPEJAL


              TUJUAN          Mencirikan sifat pepejal.

             ALAT DAN BAHAN                Penimbang, silinder penyukat, batu kecil dan air.


              LANGKAH-LANGKAH
          1.  Tekankan batu kecil dengan tangan dan perhatikan perubahan bentuknya.















          2. Timbangkan batu          3. Tuangkan air ke dalam        4. Masukkan batu kecil ke
             kecil dan ambil            silinder penyukat                dalam silinder penyukat
             bacaan jisim               dan ambil bacaan                 dan ambil bacaan
             batu kecil.                isi padu awal air.               isi padu akhir air.

          5. Kirakan isi padu batu kecil dengan menggunakan formula di bawah.

           Isi padu batu kecil (ml ) = Bacaan isi padu akhir air (ml) – Bacaan isi padu awal air (ml)

          6. Catatkan hasil pemerhatian ke dalam jadual.

                            Perubahan bentuk
                Batu     Berubah   Tidak berubah        Jisim (g)         Isi padu (ml)
                kecil




                   (a) Nyatakan keadaan jirim batu kecil.
                   (b) Berdasarkan aktiviti ini, apakah sifat jirim yang dikenal pasti?
         180
         180
                       8.1.3, 8.1.5
   185   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195