Page 33 - BUKU TEKS SAINS TAHUN 5
P. 33
FUNGSI SENDI
Sendi yang terdapat pada tubuh manusia
mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Mengapakah
perlunya sendi pada setiap penyambungan dua
tulang? Mari kita fahami situasi yang berikut.
Cuba lihat tangan Ravi yang
sudah dibalut dengan kain anduh. Eh, mengapakah saya tidak
Dapatkah Ravi membengkokkan dapat membengkokkan
tangannya? tangan saya ini?
HAWA
Ravi tidak dapat membengkokkan tangannya yang
dibalut dengan kain anduh kerana tulang-tulangnya
terhalang daripada bergerak. Tangan Ravi yang
tidak dapat dibengkokkan ialah contoh keadaan
tulang-tulang manusia jika tiada sendi.
Perhatikan atlet, penari dan pemain papan luncur di bawah.
Bagaimanakah mereka dapat menggerakkan anggota tubuh mereka
dengan mudah untuk membuat pergerakan tertentu?
dengan mudah untuk membuat pergerakan tertentu?
Sendi membolehkan pergerakan
23
dan kebolehlenturan tubuh. 23
2.1.3

