Page 156 - MATEMATIK T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 156
SELESAIKAN MASALAH
SELESAIKAN MASALAH
1 Ikhwan berada di Melaka. Dia menyertai
kelas dalam talian dengan sebuah
universiti di Amman, Jordan pada
23 Februari 2022, Jam 1545 waktu
Malaysia. Waktu tempatan di Amman
ialah Jam 1045. Berapakah beza masa,
dalam minit, di antara kedua-dua lokasi?
Penyelesaian
Fahami soalan
• Melaka, Jam 1545.
• Amman, Jam 1045.
• Cari beza masa dalam minit.
Fikir cara Selesaikan
jam minit
• Operasi tolak. 1 5 4 5
• Tukar jawapan kepada minit.
− 1 0 4 5
Jam 1545 − Jam 1045 =
5 0 0
5 jam = 5 × 60 minit
Semak = 300 minit
60 minit 60 minit 60 minit 60 minit 60 minit
1 jam 1 jam 1 jam 1 jam 1 jam
Jam 1045 Jam 1545
Amman Melaka
Beza masa di antara kedua-dua lokasi ialah 300 minit.
Rakan Ikhwan yang berada di Yangon, Myanmar juga menyertai kelas
dalam talian yang sama. Waktu tempatan di Yangon pada ketika itu
Jam 1415. Hitung beza masa di antara Yangon dengan Amman.
Ingatkan murid supaya menyelesaikan masalah dengan menggunakan
148 kaedah Polya. 4.2.1

