Page 75 - 2020 SK T5 Bahasa Melayu Part2
P. 75

Seni Bahasa






             Budi Sungai

             Dengarlah ini wahai saudara,

             Kisah sungai yang terpelihara,
             Jernih airnya hingga muara,
             Menarik minat teruna dara.


             Haiwan akuatik bebas bersarang,

             Ikan, buaya, udang, memerang,
             Bawah sinaran cahaya terang,
             Mencari makanan tidak berkurang.



             Kepada tumbuhan sungai berjasa,
             Pepohon segar nyaman dirasa,
             Indahnya alam dirakam lensa,
             Tenang fikiran hidup selesa.



             Demi manusia sungai dijaga,
             Airnya diminum terasa lega,

             Sumber pertanian ekonomi warga,
             Sungai khazanah amat berharga.
                                                                          Syair ini
                                                                          berkisahkan ___.












                   Aktiviti                                IMBAS SAYA
             Melagukan syair dan menyatakan idea keseluruhan syair.

                      • Bimbing murid melagukan syair dengan irama yang sesuai serta menyatakan idea
               Nota
               Guru    keseluruhan syair.
               4.2.1    Strategi PdP: KP – Muzik                  KBAT: Menganalisis – Menerangkan            155
                        EMK: Nilai Murni – Menghargai
                                                                                                KPM
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80