Page 130 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022/2023
P. 130
Tugas Ketua Panitia Mata Pelajaran
1. Merancang dan menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan dan semester yang selaras.
2. Memastikan keberkesanan pengajaran mata pelajaran berkenaan pada setiap masa.
3. Berusaha membaiki sebarang kelemahan yang ada dalam setiap aspek pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
4. Berusaha mengadakan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang terbaharu,
saintifik dan berkesan diamalkan untuk memberi pelajaran yang sebaik-baiknya kepada
murid.
5. Memastikan prestasi pencapaian mata pelajaran masing-masing sentiasa baik dan
meningkat.
6. Mengadakan kursus dalaman kepada ahli panitia apabila perlu.
7. Melaksanakan pencerapan kepada ahli panitia.
8. Membuat cadangan penggunaan buku teks, buku kerja dan buku rujukan guru.
9. Membuat cadangan buku rujukan murid, keperluan Bahan Bantu Mengajar kepada
penyelaras Pusat Sumber Sekolah.
10. Merangka dan menyusun program pemulihan, pengukuhan dan pengayaan.
11. Membuat penepatan dan penyelarasan soalan–soalan ujian dan peperiksaan.
12. Mengkaji pencapaian murid dalam setiap ujian dan peperiksaan.
13. Menyelaras dan merangka program pemulihan.
14. Setiausaha panitia mata pelajaran hendaklah menyiapkan minit mesyuarat selepas setiap
kali mesyuarat diadakan.
15. Mendapatkan sumber pelajaran terbaharu dan dikemas kini.
16. Memilih dan mencadangkan buku rujukan kepada murid.
17. Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan murid dan langkah mengatasi
kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran.
18. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala .
19. Menyelaras rancangan mengajar.
20. Menyelenggarakan fail panitia dan rekod yang dikemas kini.
21. Menyelaras soalan ujian dan peperiksaan.
22. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
15. JAWATANKUASA PENGURUSAN PENCERAPAN
Pengerusi : Pengetua Pn. Roslina Binti Che Omar@Talib
Timb. Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran En. Mohammad Bin Ismail
Naib Pengerusi I : Penolong Kanan HEM Pn. Sharmila Binti Ali
Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Mazuraini Binti Abdul Malek
Naib Pengerusi III : Penolong Kanan Petang Pn. Nor Zizan Binti Abd Rahman
Setiausaha : Pn. Zahanom Binti Jalal
AJK : Semua GKMP
AJK : Semua Ketua Panitia
Tugas JK Pencerapan
1. Mencerap guru-guru yang mengajar sekurang-kurangnya minimum satu (1) kali setahun.
2. Sekiranya markah yang diperoleh guru kurang daripada 80 markah, pencerapan kali kedua
atau ketiga perlu dilakukan sekali lagi selepas guru tersebut dibimbing dan terdapat
peningkatan markah dalam pencerapannya.
3. Memaklumkan kepada semua guru tentang pencerapan yang akan dijalankan minimum satu
kali setahun dalam mesyuarat kurikulum.
4. Memberi taklimat kepada pencerap tentang penggunaan borang pencerapan.
PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 130

