Page 8 - BUKU LAPORAN PIBG 20/21
P. 8

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 16

                                      SK BANDAR TUN HUSSEIN ONN (2)

                                          43200 CHERAS, SELANGOR
                 Tarikh                : 18 Januari 2020

                 Masa                  : 9.00 pagi

                 Tempat                : Dewan Millenium SKBTHO(2)

                 Kehadiran             : Guru dan ibu bapa (rujuk lampiran senarai kehadiran)



           1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG oleh Ustaz Mohd Faisal bin Mohd Noor.

                 1.   Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah.
                 2.   YDP mengucapkan terima kasih ke atas kebersamaan dan sokongan yang telah diberikan
                      kepada pihak PIBG.
                 3.   YDP memperkenalkan semula barisan AJK PIBG serta pentadbir selaku penasihat bagi
                      sesi 2019/2020.
                 4.   YDP juga berbangga dengan kejayaan sekolah dari tempat ke-22 semasa Guru Besar
                      mula melaporkan diri ke sekolah ini hingga ke tempat ke-4 tahun lepas.
                 5.   YDP mengucapkan penghargaan kepada AJK terutama NYDP yang memberikan
                      komitmen yang tinggi walaupun sibuk dengan tugas hakiki.
                 6.   YDP juga memohon maaf jika terdapat kekurangan daripada pihak PIBG 2019/2020
                      semasa menjalankan tugas.

          2.0   Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG 2019/2020.
                 1.   Puan Zaiton binti Mohamad, membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-15
                      sesi 2019/2020 selaku Setiausaha PIBG.
                 2.   En. Phillip bin Abdullah mencadangkan minit mesyuarat Agung PIBG ke-15 sesi
                      2019/2020 dan disokong oleh Pn. Nur Aini binti Luffi.
                 3.   YDP memaklumkan bahawa hadirin boleh menyemak laporan aktiviti Tahunan PIBG
                      untuk melihat penglibatan PIBG sepanjang tahun bagi sesi 2019/2020 .

          3.0 Membentang dan mengesahkan Laporan Kewangan Berakhir 31 Disember 2019.
                 3.1 En. Tengku Ihtifazuddin selaku Bendahari Kehormat membentangkan Laporan Kewangan
                 berakhir 31 Disember 2019 (m/s 29-36).
                 3.2 YDP menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh ibubapa di KSIB yang mengatakan
                 tidak boleh mengutip yuran RM50 sebelum mesyuarat     Agung. Walau bagaimana pun
                 ibubapa itu sendiri sukarela untuk membuat pembayaran dan bukannya dipaksa.
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13