Page 33 - 5_6330245971364020706
P. 33
LOGO SEKOLAH
WARNA
❖ Warna KUNING melambangkan kedaulatan raja-raja pemerintah
❖ Warna MERAH melambangkan rakyat dan orang awam
❖ Warna HITAM melambangkan sekolah berada dalam masyarakat beradat
❖ Warna HIJAU melambangkan kesuburan
SIMBOL
❖ Pokok Rembau yang menggambarkan tempat di daerah sekolah dibina dan tempat bernaung.
Pokok Rembau adalah sejenis pokok yang rendang yang melambangkan bahawa Sekolah
Menengah Dato’ Sedia Raja bernaung di bawah naungan YTM Dato’ Undang Luak Rembau
❖ Keempat-empat simbol ini disatukan di dalam bulatan yang bertujuan untuk menggambarkan
kesepaduan dan keseimbangan ilmu.
❖ Gunting dan tukul melambangkan pelbagai kemahiran yang diajar di sekolah ini.
❖ Tujuannya untuk mewujudkan masyarakat yang berkemahiran dalam hidup seharian.
❖ Buku dan alat sains serta matematik ini bermaksud agar sekolah ini dapat membina masyarakat
progresif menggunakan sains dan teknologi moden. Buku juga melambangkan budaya
membaca dan berilmuan.
MOTTO
RAJIN USAHA JAYA
32

