Page 4 - 5_6330245971364020706
P. 4
KATA ALU-ALUAN PENGETUA
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.
Bersyukur kehadrat Allah Tuhan Penguasa Sekelian Alam , selawat dan salam kepada Junjungan Besar
Nabi Muhammad S.a.w kerana kita dilanjutkan usia untuk bersama-sama melangkah ke tahun baru
2021.
Selamat kembali bertugas kepada semua warga pendidik dan selamat datang kepada rakan-rakan
pendidik yang baru ke gerbang DASERA. Semoga pada tahun 2021 ini kita dapat membina pasukan
yang lebih jitu bagi menjana dan menjayakan DASERA’S VISION TOWARDS TS 25.
Ucapan terima kasih kepada semua warga DASERA kerana khidmat bakti yang dicurahkan dalam sesi
persekolahan 2019 sehingga kita mencatat pelbagai kejayaan dalam pelbagai bidang samada dalam
akademik, sahsiah mahupun kokurikulum.
Tuan/Puan yang saya hormati apa yang kita capai dan mungkin tidak tercapai telah mejadi sejarah dan
hari ini kita sekali lagi akan menempuh pelbagai cabaran baru sejajar dengan perubahan dalam dunia
pendidikan yang sangat pantas berubah selaras dengan suasana dalam keadaan hari ini. Cabaran terbesar
kita ialah mampukah kita mendidik anak-anak murid kita untuk menjadi warga yang kuat dalam
menempuh pelbagai perubahan akan datang. Sehubungan dengan itu kita kena berubah kerana apa yang
kita katakan sebagai yang terbaik semalam belum tentu sesuai untuk hari ini dan esok.
Tuan / Puan yang yang saya kasihi, DASERA mesti menjadi sebuah sekolah dinamik yang menjanjikan
pendidikan yang terbaik buat anak-anak bangsa kita. Kita akan member fokus kepada empat perkara
:-
1. Kemenjadian murid yang berteraskan kepada ASPIRASI MURID dalam PPPIM.
2. Membina persekitaran pendidikan yang bermakna dan menarik.
3. Membangunkan guru-guru yang berkualiti dan berprestasi tinggi.
4. Membangunkan jaringan hubungan dengan komuniti sekitar.
5. Membangunkan kepimpinan dan sistem pengurusan yang berprestasi tinggi.
Oleh yang demikian dengan ini saya melancarkan projek khas yang saya namakan “ Dream Team”
sebagai satu projek khas yang akan mendasari semua aspek perancangan program 2021 yang
bermatlamat mencapai sasaran kita seperti dalam perancangan strategik sekolah.
Saya yakin dan percaya kita akan berjaya dengan sokongan dan kerjasama Tuan/Puan sesungguhnya
kepada Allah juga kita berserah. Sekian terima kasih.
Tn. Azhar Bin Ali ANS.PJK.
Pengetua
3

