Page 28 - Buku Pengurusan SMK Dato' Sedia Raja 2017
P. 28
LOGO SEKOLAH
WARNA
Warna KUNING melambangkan kedaulatan raja-raja pemerintah
Warna MERAH melambangkan rakyat dan orang awam
Warna HITAM melambangkan sekolah berada dalam masyarakat beradat
Warna HIJAU melambangkan kesuburan
SIMBOL
Pokok Rembau yang menggambarkan tempat di daerah sekolah dibina dan tempat
bernaung. Pokok Rembau adalah sejenis pokok yang rendang yang melambangkan bahawa
Sekolah Menengah Dato' Sedia Raja bernaung di bawah naungan YTM Dato' Undang Luak
Rembau
Keempat-empat lambang ini disatukan di dalam bulatan yang bertujuan untuk
menggambarkan kesepaduan dan keseimbangan ilmu.
Gunting dan tukul melambangkan pelbagai kemahiran yang diajar di sekolah ini.
Tujuannya untuk mewujudkan masyarakat yang berkemahiran dalam hidup
seharian.
Buku dan alat sains serta matematik ini bermaksud agar sekolah ini dapat membina
masyarakat progresif menggunakan sains dan teknologi moden. Buku juga melambangkan
budaya membaca dan berilmuan.
MOTTO
RAJIN USAHA JAYA
28

