Page 4 - BUKU PENGURUSAN DASERA TERKINI 2019
P. 4

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

                                                    Bersyukur kehadrat Allah Tuhan Penguasa Sekelian Alam ,
                                                    selawat  dan  salam  kepada  Junjungan  Besar  Nabi
                                                    Muhammad  S.a.w    kerana  kita  dilanjutkan  usia  untuk
                                                    bersama-sama melangkah ke tahun baru 2019.

                                                    Selamat  kembali  bertugas  kepada  semua  warga  pendidik
                                                    dan selamat datang kepada rakan-rakan pendidik yang baru
                                                    ke  gerbang  DASERA.  Semoga  pada  tahun  2019  ini  kita
                                                    dapat  membina  pasukan  yang  lebih  jitu  bagi  menjana  dan
                                                    menjayakan  DASERA’S VISION TOWARDS TS 25.

               Ucapan terima kasih kepada semua warga DASERA kerana khidmat bakti yang dicurahkan dalam
               sesi  persekolahan  2018  sehingga  kita  mencatat  pelbagai  kejayaan  dalam  pelbagai  bidang  samada
               dalam akademik, sahsiah mahupun kokurikulum.

               Tuan/Puan yang saya hormati apa yang kita capai dan mungkin tidak tercapai telah mejadi sejarah dan
               hari ini kita sekali lagi akan menempuh pelbagai cabaran baru sejajar dengan perubahan dalam dunia
               pendidikan  yang  sangat  pantas  berubah  selaras  dengan  suasana  dalam  keadaan  hari  ini.  Cabaran
               terbesar kita ialah mampukah kita mendidik anak-anak murid kita untuk menjadi  warga yang kuat
               dalam menempuh pelbagai perubahan akan datang. Sehubungan dengan itu kita kena berubah kerana
               apa yang kita katakan sebagai  yang terbaik semalam belum  tentu  sesuai  untuk hari ini dan esok.

               Tuan  /  Puan  yang  yang  saya  kasihi,  DASERA  mesti  menjadi  sebuah  sekolah    dinamik    yang
               menjanjikan pendidikan yang terbaik buat anak-anak bangsa kita.  Kita akan member  fokus  kepada
               empat perkara  :-

                   1.  Kemenjadian murid  yang berteraskan kepada ASPIRASI MURID dalam PPPIM.
                   2.  Membina persekitaran pendidikan yang bermakna dan menarik.
                   3.  Membangunkan guru-guru yang  berkualiti dan berprestasi tinggi.
                   4.  Membangunkan jaringan hubungan dengan komuniti sekitar.
                   5.  Membangunkan kepimpinan dan sistem pengurusan yang berprestasi tinggi.

               Oleh yang demikian dengan ini saya melancarkan projek khas yang saya namakan “ Dream Team”
               sebagai  satu  projek  khas    yang  akan  mendasari  semua  aspek  perancangan  program  2018  yang
               bermatlamat mencapai  sasaran kita seperti dalam perancangan strategik sekolah.

               Saya yakin dan percaya kita akan berjaya dengan sokongan dan kerjasama Tuan/Puan sesungguhnya
               kepada Allah juga kita berserah. Sekian terima kasih.



               Jamri bin Ahmad
               Pengetua Cemerlang


                                                            3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9