Page 19 - Buku Peraturan Disiplin SMK Darul Ehsan 2021
P. 19

c)  Berwarna  putih,  lengkap  dengan  butang  atau  kancing
       baju yang tidak melebihi ukuran syiling 5 sen. Pin dawai
       (safety pin) tidak dibenarkan.
       d)  Pelajar hendaklah memakai anak baju (camisole) yang
       berwarna putih/ krim dan labuhnya melebihi paras pinggang.
       e)  Panjang atau labuh baju hendaklah 2 inci di  bawah paras
       lutut.  Panjang  lengan  bagi  baju  kurung  pula  pada paras
       pergelangan tangan dan tidak boleh dilipat.
       f)  Murid  Islam  yang  bertudung  wajib  memakai  telekung
       mini berserta serkup yang berwarna putih tanpa  renda, tanpa
       manik-manik dan tidak bersulam.
       g)  Labuh  tudung  mestilah  menutupi  depan  dada  dan
       belakang dada murid hingga paras pinggang.
       h)  Pelajar tidak dibenarkan memakai sebarang kerongsang
       pada tudung.
       i)  Pelajar  bukan  Islam  yang  memakai  baju  kurung  perlu
       memakai butang atau kancing di leher baju kurung.
       j)  Jahit lencana pada bahagian kiri  tudung (paras dada) dan
       di atasnya tanda nama hendaklah dijahit (bukan ditampal).
       k)  Pelajar  tidak  dibenarkan  pakai  tudung  berwarna  hitam
       untuk setiap aktiviti.









                                                 Page | 19
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24