Page 39 - Buku Peraturan Disiplin SMK Darul Ehsan 2021
P. 39
7.4 Dilarang bermain/ berbising di makmal.
7.5 Pastikan alat radas selamat untuk digunakan.
7.6 Patuhi segala peraturan dan larangan.
7.7 Bilik makmal mestilah sentiasa dalam keadaan bersih
dan kemas, perkakas di dalam makmal mestilah sentisa
berada di tempat yang ditentukan. Semua peralatan dan
bahan sains mestilah dikembalikan ke tempat asal setelah
digunakan.
7.8 Cuci tangan dengan sabun selepas amali.
7.9 Pastikan semua suis elektrik ditutup sebelum
meninggalkan makmal.
7.10 Jika berlaku sesuatu kemalangan seperti luka, terkena
api atau asid, hendaklah dilaporkan kepada guru dengan
segera.
7.11 Beg pelajar diletakkan di luar makmal. Tiada satu
barang pun boleh dibawa keluar dari makmal.
7.12 Kerosakan seperti paip bocor, dawai elektrik terputus
dfan suisnya pecah juga hendaklah dilaporkan kepada guru
dengan segera.
7.13 Jika kulit terkena asid atau alkali, bahagian terkena itu
hendaklah dibasuh dengan menggunakan air.
Page | 39

