Page 55 - Buku Peraturan Disiplin SMK Darul Ehsan 2021
P. 55
o) Lewat bergerak ke tapak perhimpunan/ makmal/
bengkel/ padang semasa PJK.
p) Bising di dalam bilik darjah sehingga mengganggu
kelas lain.
q) Menunggang atau memandu kenderaan di dalam
kawasan sekolah.
r) Berjalan-jalan di luar kelas tanpa “PAS KELUAR” atau
kebenaran bertulis dari guru.
s) Menggangu ketenteraman kawasan sekolah.
t) Mengganggu guru.
u) Ponteng kelas.
v) Perbuatan lain yang ditakrifkan sebagai kesalahan
ringan oleh Lembaga Disiplin Sekolah.
2.2 KESALAHAN SEDERHANA
a) Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.
b) Menyalahgunakan/ menggunakan peralatan/ sumber
bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran.
c) Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
d) Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika
ujian dan peperiksaan.
e) Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
f) Tidak menghormati lagu-lagu dan bendera rasmi
sekolah/ negeri/ kebangsaan ketika perhimpunan mingguan.
g) Fesyen rambut ketelaluan seperti ‘punk’/ ’skin head’
atau berwarna.
Page | 55

