Page 14 - KOMPILASI PBL (PROJECT BASED LEARNING) VERSI PKP PPD TAWAU
P. 14
Dengan ini saya ingin katakan pada seluruh warga pendidik yang terlibat bahwa kalian
semua adalah pahlawan yang memberikan informasi bahawa semua tempat boleh
dijadikan sekolah dan semua orang boleh dijadikan guru kerana semasa PKP rumah
adalah sekolah, kita warga pendidik dan ibu bapa adalah guru. Lebih-lebih lagi, hal ini
semakin mempertegas bahawa institusi pendidikan punya peranan penting dalam
mencerdaskan kehidupan anak-anak kita, yang tentunya dengan peningkatan kualiti
pendidikan maka semakin berkembang potensi pelajar seiring dengan perkembangan
teknologi yang semakin pelbagai kaedah yang digunakan dalam pendidikan seperti
kaedah Project Based Learning yang telah mencungkil kreativiti pelajar-pelajar kita
sehingga dapat menghasilkan sebuah e-Book PBL mengikut acuan yang telah
diketengahkan oleh para guru kita sepanjang PKP patutlah disanjung dan dihargai demi
memastikan pelajaran anak-anak murid kita tidak terabai walaupun banyak cabarannya
sepanjang PKP baru-baru ini.
Tidak dilupakan juga peranan ibu bapa yang telah membimbing anak-anak di rumah
akhirnya menjadikan PBL versi PKP ini lebih bermakna kerana dilakukan bersama
keluarga di rumah. Sekalung tahniah juga kepada pasukan sidang editor yang telah
bertungkus-lumus mengedit dan memurnikan hasil PBL murid yang dapat direalisasikan
dalam edisi kali ini. Syabas saya ucapkan. Semoga Kompilasi PBL Versi PKP dalam
bentuk e-Book ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan utama guru dan murid
bukan sahaja di daerah Tawau malahan di negeri Sabah amnya.
Sekian.
ZAMRI BIN HAJI PEHAKAN
Pegawai Pendidikan Daerah Tawau
14

