Page 11 - KOMPILASI PBL (PROJECT BASED LEARNING) VERSI PKP PPD TAWAU
P. 11

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
                                     Pejabat Pendidikan Daerah Tawau




                                 SEKALUNG PENGHARGAAN


                                  Tuan Haji Abidin bin Marjan

                                  Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran
                                  Jabatan Pendidikan Negeri Sabah


              Assalamualaikum WarahmatullahiWabarakatuh.

              Salam Sabah HEBAT, Katakan Tidak kepada nombor 16!

              Salam PPD Tawau Ikhlas MemacuKecemerlangan.

              Terlebih dahulu marilah kita merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana
              dengan limpah berkat dan keizinan daripada-Nya, kita dapat menerbitkan e-Book

              Kompilasi Bahan Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning - PBL)
              Versi PKP Pejabat Pendidikan Daerah Tawau Tahun 2020 yang diadakan buat
              julung-julung kalinya ini.


              Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah bekerjasama memberikan
              komitmen yang tinggi dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran terus berjalan
              lancar, meskipun negara masih berada dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

              Pemulihan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih terutamanya kepada guru
              yang telah menyumbangkan hasil aktiviti PdP yang menggunakan kaedah Project
              Based Learning (PBL). Hal ini membuktikan bahawa guru, murid, ibu bapa dan
              pegawai di PPD telah menjalankan tugas dengan sangat komited dalam memastikan
              pengajaran dan pembelajaran berlaku walaupun dalam tempoh yang sangat mencabar.

              Terima kasih juga diucapkan kepada pasukan editor yang telah bertungkus-lumus
              mengedit dan memurnikan hasil PBLmurid.





                                                                                                  11
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16