Page 262 - KOMPILASI PBL (PROJECT BASED LEARNING) VERSI PKP PPD TAWAU
P. 262

BAHAGIAN B: PELAKSANAAN


                                        Gambar / Penerangan Aktiviti

            Fasa Perancangan               1. Murid memahami kehendak tugasan projek.
                                           2.Murid merancang masa penghasilan produk mengikut
                                           jadual masa yang diberikan oleh guru.
                                           3.Murid mencari maklumat dari pelbagai sumber
                                           rujukan.
                                           4.Murid sentiasa merujuk kepada guru untuk
                                           menguraikan kemusyikilan dalam proses penghasilan
                                           produk PBL
                                           5.Murid meneliti rubrik penilaian yang diberikan oleh
                                           guru.


            Fasa Pelaksanaan               1.Murid mencari dan menentukan lokasi tempat
                                           pelancongan yang mahu diperkenalkan.
                                           2. Murid mengenal pasti tempat menarik dan keunikan
                                           yang ada di tempat tersebut.
                                           3.Murid mengumpul maklumat tentang tempatmenarik
                                           tersebut.
                                           4.Murid menganalisis dan menilai maklumat yang
                                           dikumpulkan.
                                           5.Murid menyusun atur maklumat dan memberikan
                                           penjelasan dalam video yang dihasilkan.
                                           6. Murid memasukkan latar muzik yang sesuai.


            Fasa Penilaian                 1.Murid membuat pentaksiran kendiri dengan menilai
                                           hasil mereka dengan menggunakan senarai semak.
                                           2.Murid memastikan projek mereka dapat memenuhi
                                           soalan-soalan asas, unit dan kandungan yang diberikan
                                           oleh guru.
                                           3.Guru menambah baik hasil projek murid dari segi
                                           persembahan gambar, latar muzik, jenis dan saiz
                                           perkataan, warna latar dan kepanjangan video.
                                           4.Guru memberikan penekanan dari segi keberkesanan
                                           video kepada penontonnya.


            Fasa Artifak/Produk Yang       Video Pelancongan online dihasilkan dengan jayanya
            Dihasilkan


            Instrumen/Rubrik               1. DSKP Ting 4 dan 5
            digunakan                      2. Internet









                                                                                                  262
   257   258   259   260   261   262   263   264   265   266   267