Page 7 - KOMPILASI PBL (PROJECT BASED LEARNING) VERSI PKP PPD TAWAU
P. 7

DARI MEJA EDITOR



            Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Sabah Hebat Katakan Tidak Pada

            Nombor 16! PPD Tawau Ikhlas Memacu Kecemerlangan.



            “Musibah Membawa Hikmah”, begitulah tajuk lagu yang dinyanyikan oleh Marsha Milan
            sempena Hari Kebangsaan Malaysia 2020, yang membawa erti tersendiri bagi dunia

            pendidikan khususnya warga pendidik di Tawau. Covid-19, pandemik yang melanda
            memberi musibah di mana sekolah ditutup yang menyaksikan pengajaran dan

            pembelajaran secara bersemuka tidak dapat dijalankan . Namun begitu, pengajaran
            dan pembelajaran tetap perlu dilaksanakan walaupun secara maya atau secara jarak
            jauh. Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning - PBL)

            dipilih sebagai alternatif pendekatan pedagogi yang dapat memenuhi pengajaran dan
            pembelajaran sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Teknik PBL

            merupakan pembelajaran berpusatkan pelajar, memerlukan masa untuk disiapkan,
            merentasi kurikulum dan melibatkan kemahiran pelbagai . Melalui PBL pelajar disajikan

            dengan kemahiran abad ke 21 yang meraikan kebolehan, kemahiran berfikir,
            mencungkil bakat pelajar di samping berinteraksi dengan isu dan amalan dunia

            sebenar.



                           Hikmahnya, ratusan bahan artifak dan produk telah dihasilkan oleh
            pelajar yang dihantar ke PPD Tawau daripada peringkat prasekolah hingga pra-

            Universiti seluruh daerah Tawau. Dalam ratusan bahan hasil artifak dan produk pelajar
            yang diterima, pihak editor telah berusaha sedaya upaya meneliti dan memilih yang

            terbaik untuk dijilid. Pendek kata, kami mendapat inspirasi daripada ratusan bahan yang
            diterima untuk menghasilkan kompilasi kali ini. Kompilasi PBL Versi PKP PPD Tawau

            ini mengandung 6 bahagian iaitu, PBL Prasekolah, PBL Sekolah Rendah Tahap 1, PBL
            Sekolah Rendah Tahap 2, PBL Menengah Rendah, PBL Menengah Atas, PBL Pra-

            Universiti dan PBL Istimewa . Pembahagian sedemikian dilakukan untuk memudahkan
            para guru merujuk kategori yang berkenaan.





                                                                                                  7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12