Page 10 - Modul A+ Perniagaan Tg 4_Pan Asia Publications
P. 10
4. Contoh Carta Gantt membina bangunan kedai ialah:
Masa
Aktiviti Jan. Feb. Mac Apr. Mei
Sediakan tapak /
Cerucuk /
Bina rangka /
Lengkapi bangunan / / /
©PAN ASIA PUBLICATIONS
3.4 Tujuan Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan sebagai Panduan Perniagaan
1. Penetapan visi dan misi adalah bertujuan mencapai matlamat perniagaan dalam jangka panjang .
2. Penetapan objektif pula boleh dibahagikan kepada objektif jangka pendek dan objektif jangka
panjang .
3. Penetapan objektif mestilah selari dengan visi dan misi perniagaan agar dapat membantu
matlamat organisasi keseluruhannya.
4. Tujuan penetapan visi, misi dan objektif ialah: i-THINK
(a) Visi merupakan wawasan yang dimasukkan dalam komponen pengurusan
Tujuan strategik .
Penetapan Visi 144424443
(b) Proses pencapaiannya mengambil masa lebih daripada lima
tahun.
(a) Misi dirangka setelah wujud pernyataan visi organisasi.
(b) Misi menjurus kepada aktiviti yang dijalankan oleh organisasi pada
masa berkenaan.
(c) Misi menyatakan sebab sesebuah organisasi wujud pada masa
berkenaan berdasarkan matlamat yang telah dinyatakan dalam visi.
Tujuan
Penetapan Misi 1444444442444444443
(d) Misi menerangkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan pada
masa berkenaan agar dapat menjurus kepada pencapaian visi pada jangka
masa panjang .
(e) Penetapan misi adalah bertujuan untuk memudahkan pengurusan perniagaan
untuk memaksimakan penggunaan sumber manusia dan sumber
fizikal yang ada.
(a) Objektif terikat pada ciri-ciri SMART .
Tujuan
Penetapan 14243
Objektif
(b) Objektif mestilah selaras dengan pernyataan misi .
59
03_Modul PA21 Prniagaan Tg4.indd 59 10/23/18 3:56 PM

