Page 12 - Modul A+ Perniagaan Tg 4_Pan Asia Publications
P. 12
(a) Merujuk rajah di atas, titik S adalah TPM di mana kos pengeluaran adalah sama dengan hasil
pendapatan .
(b) Pada titik S1, perniagaan tidak mendapat apa-apa keuntungan ataupun mengalami sebarang
kerugian , dengan mengeluarkan Q1 kuantiti produk dan hasil H1.
(c) TPM juga boleh dikira dengan menggunakan formula berikut:
Kos Tetap
TPM =
Harga – Kos Berubah Seunit
B Pertumbuhan Perniagaan
©PAN ASIA PUBLICATIONS
1. Pertumbuhan perniagaan merujuk kepada peningkatan hasil dari semasa ke semasa untuk mencapai
matlamat perniagaan.
2. Pelbagai jenis perancangan boleh diambil untuk meningkatkan hasil jualan sesebuah perniagaan termasuk
membuka lebih cawangan dan membesarkan perniagaan yang sedia ada.
C Pemaksimuman Keuntungan
1. Matlamat utama setiap peniaga adalah untuk mencapai untung maksima dalam perniagaaan.
2. Untung diperoleh apabila terdapat lebihan dalam hasil setelah menolak kosnya.
UNTUNG = Jumlah Hasil – Jumlah Kos
Harga × Kuantiti
Kos Tetap + Kos Berubah
3. Organisasi perniagaan perlu berusaha agar mencapai jumlah hasil paling tinggi dan
mengurangkan kos ke tahap yang paling minima tanpa menjejaskan kualiti produk.
4. Untuk mencapai keuntungan yang maksima, perancangan perlu dibuat dengan teliti untuk jangka
pendek dan jangka panjang.
D Daya Saing
1. Daya saing bermaksud keupayaan sesebuah perniagaan mengekalkan operasi perniagaannya
dalam industri, meskipun terdapat banyak lagi perniagaan yang baharu wujud.
2. Ringkasnya, perniagaan yang berdaya saing wajar memiliki faktor-faktor seperti kewangan , jaringan,
sumber manusia , pemasaran dan teknologi.
3. Faktor kemampuan perniagaan bertahan dalam industri ialah:
Faktor Huraian
(a) Kewangan • Kestabilan sumber kewangan membolehkan pengurusan perniagaan berjalan
lancar.
• Membolehkan perniagaan mampu menguruskan risiko kewangan ,
menyusun jadual pembayaran semula dan mengubah peranan tabung kewangan.
(b) Jaringan • Merujuk kepada konteks atau keupayaan pihak pentadbir perniagaan
menjalin perhubungan yang dapat mencipta peluang perniagaan.
• Jaringan yang luas sangat penting untuk perkembangan perniagaan ke
peringkat yang lebih luas supaya dapat meningkatkan jualan dan
keuntungan .
61
03_Modul PA21 Prniagaan Tg4.indd 61 10/23/18 3:56 PM

