Page 4 - NOTA MEKANIK DARI BUKU TEK
P. 4
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal TINGKATAN4
3.1 Pengenalan Kepada Daya
Daya ialah satu tindakan yang dapat mengubah jenis gerakan sesuatu jasad seperti memulakan,
menghentikan, memecutkan, melambatkan, dan mengubah arah gerakan. Daya yang bertindak ke
atas sesuatu objek akan menyebabkan objek yang mempunyai jisim itu mengalami pecutan atau
berubah halaju. Daya ialah suatu kuantiti vektor yang mempunyai arah dan magnitud.
3.1.1 Konsep Daya Sebagai Skalar dan Vektor
StandardPembelajaran
Skalar ialah suatu kuantiti yang hanya mempunyai magnitud Menerangkan konsepdaya
sahaja. Contoh skalar ialah jarak, laju, kuasa, jisim, isi padu, sebagai skalar dan vektor:
suhu, ketumpatan, kerja, dan tenaga. Manakala vektor ialah suatu (i) Leraian daya
(ii) Paduan daya
kuantiti yang mempunyai magnitud (ukuran saiz sesuatu benda)
(iii) Keseimbangan daya
dan arah (petunjuk kedudukan). Contoh-contoh vektor ialah
halaju, sesaran, pecutan, daya, danmomentum.
Info
Konsep Daya
Mengikut Hukum Newton
kedua, daya ialah,
Daya F = ma
Skalar Vektor
di mana,
F = daya
Magnitud Magnitud dan Arah m =jisim
a =pecutan
Rajah 3.1 Konsep daya
Jadual 3.1 Kuantiti skalar dan kuantiti vektor
KuantitiSkalar KuantitiVektor
Jarak
Laju
Jisim Halaju
Isi padu Sesaran
Suhu Pecutan
Masa Daya
Rintangan Berat
Panjang Momentum
Arus Impuls
Kuasa
Tekanan
114

