Page 6 - Pelan Strategik HEM 2021
P. 6

6



                                DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

              Berikut  adalah  ketetapan  yang  dipraktikkan  untuk  memantapkan  pengurusan  Unit  Hal

              Ehwal Murid di SJKT LADANG PAYA KEMUNTING, 06000 JITRA, KEDAH.


              PENGURUSAN KELAS
                 1.  Setiap bilik darjah MESTI sentiasa dalam keadaan yang bersih, kemas dan ceria.

                     Papan Kenyataan perlu diisi dengan maklumat yang bersesuaian dan dikemaskini

                     dari semasa ke semasa.
                 2.  Guru-guru matapelajaran MESTI terlebih dahulu memastikan kelas dalam keadaan

                     bersih dan kemas sebelum memulakan PdPc.
                 3.  Guru  matapelajaran  akhir  HARUS  memastikan  kipas  dan  lampu  ditutup,  bakul

                     sampah telah dikosongkan, kerusi meja tersusun sebelum murid pulang.
                 4.  Guru kelas PERLU memastikan kedatangan murid dikemaskinikan dalam sistem

                     APDM  sebelum  pukul  9.00  pagi  setiap  hari.  Ketua  kelas  harus  memaklumkan

                     kehadiran kepada PK HEM jika guru kelas tidak hadir ke sekolah.
                 5.  Setiap guru perlu memastikan murid keluar dari bilik darjah dengan memakai 'PAS

                     KELUAR'.

                 6.  Guru  kelas  PERLU  sentiasa  berusaha  untuk  memantapkan  peranan  dan  tugas
                     hakiki ketua kelas dan penolong ketua kelas.

                 7.  Guru kelas juga PERLU sentiasa memastikan keceriaan kelas agar murid dapat
                     belajar dalam keadaan selesa dan kondusif.


              KEKEMASAN MURID

                 1.  Semua  guru  PERLU  memberi  penekanan  kepada  aspek  kebersihan  dan

                     kekemasan diri murid pada setiap masa.
                 2.  Rambut  murid  lelaki  tidak  boleh  melebihi  garisan  di  bawah  cuping  dua  telinga,

                     menutup garisan tengah dahi. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1976)
                 3.  Rambut murid perempuan tidak boleh jatuh ke bahu. Murid yang berambut panjang

                     perlu ikat dengan kemas dengan menggunakan riben berwarna biru tua, hitam atau
                     putih.

                 4.  Semua guru PERLU mengambil tindakan segera ke atas murid yang melanggar

                     peraturan sekolah sama ada di dalam dan di luar bilik darjah. (merekod nama dalam
                     buku disiplin kelas / memberi nama kepada guru disiplin). Kes disiplin yang berat /




              6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11