Page 7 - Pelan Strategik HEM 2021
P. 7
7
serius PERLU dilaporkan dan dirujuk kepada Guru Besar dan PK HEM dalam kadar
yang segera.
ASPEK KESELAMATAN
1. Aspek keselamatan murid MESTILAH diberi keutamaan pada setiap masa dan
semua guru mesti memastikan prosedur keselamatan dipatuhi sama ada murid
berada di dalam atau di luar bilik darjah.
2. Sebarang kerosakan peralatan PERLU dilaporkan segera kepada Guru
Penyelaras 3K/ Guru bertugas / PK HEM untuk diambil tindakan.
3. Guru matapelajaran / guru ganti MESTI berada di dalam kelas tepat pada waktu dan
tidak sewenang-wenangnya meninggalkan kelas tanpa pengawasan yang mungkin
mengundang pelbagai risiko terhadap keselamatan murid.
4. Sebarang bentuk perbuatan buli, vandalisme, gangsterisma dan salah laku disiplin
yang lain PERLU diambil tindakan segera oleh guru yang berada di tempat kejadian.
5. Guru dan murid DILARANG membaiki sendiri sebarang kerosakan elektrik bagi
mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
6. Sebarang aktiviti penggunaan bilik khas / bilik darjah selepas waktu persekolahan
PERLU mendapat kebenaran atau dimaklumkan kepada pihak pentadbir. Aktiviti
murid selepas waktu persekolahan, pada hari Sabtu dan cuti am HANYA dibenarkan
jika guru hadir bersama-sama murid.
7. Kunci bilik-bilik khas WAJIB disimpan di pejabat untuk digunakan semasa
kecemasan.Guru-guru yang mengambil kunci dari pejabat perlu mencatat dalam
buku log di pejabat.
TUGAS-TUGAS UNIT HAL EHWAL MURID
1. Mengurus segala hal yang berkaitan dengan pendaftaran, kemasukan,
penempatan dan pertukaran murid.
2. Menyelia tentang kehadiran murid ke sekolah.
3. Menggubal dan menguatkuasa peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu
mengkaji semula dari semasa ke semasa.
4. Menyedia dan menyelia kemudahan dan kebajikan murid dari segi Buku Teks,
Rancangan Makanan Tambahan (RMT), KWAPM, Bantuan Persekolahan Awal,
E-kasih, Bimbingan dan Kaunseling, keselamatan, kebajikan, pemeriksaan
7

