Page 24 - Geografi Tingkatan 3
P. 24

yang berlaku juga adalah disebabkan oleh peningkatan dalam keperluan guna tenaga oleh
          majikan.
              Secara keseluruhanya, Malaysia merupakan negara yang mempunyai guna tenaga yang ramai.
          Pertumbuhan guna tenaga yang positif ini menunjukkan ekonomi Malaysia sedang bertumbuh
          dengan baik.





            Contoh Mentafsir Graf Gabungan


               Rajah 1.3 menunjukkan jumlah hujan dan         Jumlah Hujan dan Min Suhu Bulanan
          min suhu bulanan di Bandaraya Kuala Lumpur      di Bandaraya Kuala Lumpur pada Tahun 2017
          pada tahun 2017. Didapati jumlah hujan yang   Hujan (mm)                       Suhu (°C)
          paling tinggi dicatatkan pada bulan November,
          iaitu sebanyak 286 mm manakala jumlah hujan                                         30
          yang sedikit adalah pada bulan Julai, iaitu                                         25
          sebanyak 129 mm. Bagi min suhu pula, hampir   300                                   20
          kesemua  bulan  mencatatkan  min  suhu  yang   275                                  15
          hampir sekata sepanjang tahun. Suhu yang      250                                   10
          paling tinggi direkodkan adalah pada bulan    225                                   5
          April dan Mei, iaitu 27.7°C manakala suhu yang   200                                0
          paling rendah dicatatkan pada bulan Januari   175
          dan Disember, iaitu 26.5°C.                   150
              Taburan min suhu Bandaraya Kuala          125
          Lumpur didapati hampir sekata walaupun        100
          pada bulan  tersebut menerima jumlah           75
          hujan yang lebih tinggi atau rendah. Hal ini   50
          disebabkan oleh faktor kedudukan Malaysia      25
          yang berada di Garisan Khatulistiwa.            0
              Kesimpulannya, jumlah hujan bulanan            J  F M A  M  J  J  O S O  N  D
          di Bandaraya Kuala Lumpur adalah tidak                          Bulan
          sekata  namun  suhu  setempat  hampir  sekata   Rajah 1.3 Graf gabungan  (Sumber: Climate-data.org,
          sepanjang tahun. Di Bandaraya Kuala Lumpur                                          2017)
          juga tidak terdapat musim yang kering atau ketiadaan hujan yang nyata kerana menerima hujan
          pada setiap bulan.








               Latih Diri E

         Bab 1  Senaraikan langkah-langkah mentafsir jadual dan graf.




                                                      16
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29