Page 27 - Geografi Tingkatan 3
P. 27

4.  Huraikan kaedah-kaedah memperoleh dan mengumpulkan data.
             5.  Jadual 1 menunjukkan hobi murid Tingkatan 3 Mawar di SMK Jalan Sembilan pada tahun 2017.

                             Jadual 1:  Hobi murid Tingkatan 3 Mawar di SMK Jalan Sembilan
                                      pada tahun 2017
                                          Hobi              Bilangan murid (orang)
                               Mengumpul setem                        6
                               Membaca                               12
                               Mendengar muzik                        5
                               Melukis                                2
                               Bersukan                               4
                               Jumlah                                29
                                                                  (Sumber: Soal selidik)
                 Berdasarkan Jadual 1, bina sebuah graf bar mudah yang sesuai.

             6.   Jadual 2 menunjukkan hasil jualan bulanan sayur-sayuran di Kedai Sri pada tahun 2017.

                Jadual 2: Hasil jualan bulanan sayur-sayuran di Kedai Sri pada tahun 2017
                    Bulan      J     F    M     A     M     J     J     O     S    O     N     D

                 Jualan (RM)  500  560   400   200   300   450   100   200  300   350   240   200
                                                                                  (Sumber: Soal selidik)
                 Berdasarkan data dalam Jadual 2, lukiskan graf yang sesuai untuk menunjukkan hasil jualan
               bulanan sayur-sayuran di Kedai Sri. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut.

                (a) Hasil sayur-sayuran dijual paling banyak pada bulan _____________________.

                (b) Hasil jualan pada bulan Januari, Mei dan Disember ialah _______________.
                (c) Jumlah hasil jualan sayur-sayuran di Kedai Sri dalam setahun ialah _______________.
                (d) Jika dibandingkan dengan bulan Februari, hasil jualan sayur pada bulan Julai menurun
                   sebanyak RM ______________.
             7.   Jadual 3 menunjukkan jumlah hujan dan min suhu bulanan di Kuching, Sarawak pada tahun 2017.

                Jadual 3: Jumlah hujan dan min suhu bulanan di Kuching, Sarawak pada tahun 2017
                    Bulan       J    F     M     A     M     J     J    O      S    O     N     D

                   Suhu (ºC)   26   26.1  26.7  27.3  27.8  27.5  27.3  27.2  27.1  27.1  26.9  26.4
                 Hujan (mm)   669   519   336   277   245   200  194   229   259   317   345   505
                                                                          (Sumber: Climate-data.org,  2017)
                Berdasarkan data yang diberikan di bawah, jawab soalan-soalan yang berikut.
                (a)  Apakah fungsi graf gabungan?                    Kuiz KENDIRI
                (b)   Bina dan tafsirkan graf gabungan tersebut.
                                                                                   Kuiz Kendiri 1     Bab 1



                                                       19
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32