Page 38 - Geografi Tingkatan 3
P. 38

BAB  3               Pengaruh Persekitaran
                                    Fizikal terhadap Kepelbagaian


                                    Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi

                                    dan Hidupan Liar



             Induksi Bab



           Keadaan persekitaran fizikal dunia yang pelbagai telah menyebabkan wujudnya kepelbagaian
           jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar. Tahukah anda faktor persekitaran fizikal
           yang mempengaruhi tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar? Bagaimanakah faktor
           bentuk muka bumi, saliran, tanih dan iklim mempengaruhi kepelbagaian tumbuh-tumbuhan
           semula jadi dan hidupan liar?





















                                                                                Hunza Valley (Pakistan)




           Apakah yang akan anda pelajari?
                                                                                  Info
             3  Mengenal pasti faktor persekitaran fizikal yang
                mempengaruhi kepelbagaian tumbuh-tumbuhan                      Shoebill merupakan
                semula jadi dan hidupan liar                                   seekor burung yang
                                                                               amat besar ditemui
             3  Menghuraikan faktor bentuk muka bumi, saliran,                 di kawasan paya
                tanih dan iklim yang mempengaruhi kepelbagaian                 tropika timur Afrika.
                tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar                   Burung ini mempunyai
             3  Menganalisis pengaruh bentuk muka bumi, saliran                purata ketinggian
                dan tanih terhadap jenis tumbuh-tumbuhan semula                empat kaki dan lebar
         Bab 3  jadi dan hidupan liar                                          kepaknya tujuh kaki.
             3  Menganalisis pengaruh iklim terhadap jenis         Shoebill
                tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar

                                                      30
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43