Page 40 - Geografi Tingkatan 3
P. 40

3.1     Faktor-faktor Persekitaran Fizikal yang
                    Mempengaruhi Kepelbagaian Tumbuh-tumbuhan
                    Semula Jadi dan Hidupan Liar



                                 Dunia kita kaya dengan pelbagai
                                 jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi
                                 dan hidupan liar yang berbeza-beza
                                 mengikut persekitaran fizikal
                                 merangkumi bentuk muka bumi,
                                 saliran, tanih dan iklim.
                                                                         Tanah tinggi (Ladakh)


                                                                 Bentuk muka bumi merujuk
                Iklim merujuk kombinasi beberapa                 kepelbagaian ciri serta ketinggian
                elemen seperti suhu, hujan, angin,               sesuatu permukaan daratan yang
                tekanan udara, keadaan awan serta                diukur dari aras laut.
                kelembapan udara dan cahaya
                matahari dalam tempoh yang panjang
                di sesuatu kawasan.
                                                                             Bentuk
                                                                          muka bumi
                                                   Iklim




                                                                           Saliran


               Iklim Gurun Panas (Namibia)
                                             Tanih                Saliran merujuk ciri-ciri pola aliran
                                                                  sungai dan cawangannya serta
                                                                  kuantiti air yang mengairi sesuatu
                                                                  kawasan bentuk muka bumi.
                Tanih merujuk lapisan paling
                atas di permukaan bumi yang
                terhasil daripada dua bahan,
                iaitu bahan organik dan bahan
                bukan organik.







                                                                        Sungai (Belgium)

                                                  Latih Diri A
         Bab 3                                    Senaraikan empat faktor persekitaran fizikal yang
                     Tanih aridisols (Gobi)       mempengaruhi kepelbagaian tumbuh-tumbuhan
                                                  semula jadi dan hidupan liar.

                                                      32
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45