Page 19 - PowerPoint Presentation
P. 19
SAYANG & PENTINGKAN DIRI DULU
“Jangan Jadi Lilin yang membakar diri sendiri”. Kerna terlalu
mementingkan orang lain kita yang akan terluka. Kerna terlalu
sayang orang lain tanpa memikirkan diri sendiri, diri ini aka berkali
kali rasa di lukai.
Siapa yang mengenali SifuBella, Sifu ni seorang yang berjiwa besar
yang suka sebarkan kebahagiaan kepada orang lain tanpa
memikirkan diri sendiri. Bagi SifuBella, dengan membahagiakan orang
lain SifuBella akan bahagia. Ya.. Betul ini satu kenyataan yang betul.
Namun sebelum bahagiakan orang lain bahagiakan diri sendiri dulu.
Dalam diri kita sendiri, ada 3 dimensi iaitu “Mind, Body & Soul” (Minda,
Badan, Roh). Kita kena belajar untuk kenali diri sendiri, nanti diri
sendiri akan merajuk. Pernah dengar ka? Bila seseorang hilang seri di
wajah? Hilang aura di wajah? Nampak muka seseorang itu gelap? Ni
salah satu ciri-ciri diri sendiri tidak merasakan kebahagiaan sampai
satu tahap diri sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang di inginkan
dalam hidup. Rasa lost? Yaaa.. Kerna diri sendiri sudah tidak selari
dengan 3 dimensi itu, menyebabkan diri sendiri merajuk dengan diri
sendiri.

