Page 20 - PowerPoint Presentation
P. 20
SAYANG & PENTINGKAN DIRI DULU
Tak akan mungkin kita boleh merasakan kebahagiaan jika kita
dahulukan orang lain berbanding diri sendiri. Bahagia kena bermula
dengan diri sendiri. Tanya diri sendiri apa erti bahagia? Bagaimana
mau bahagiakan diri sendiri?
Cuba bayangkan situasi ini ya? Dalam kapal terbang ada kita dan
anak di bawah jagaan kita. Jika berlaku kecemasan apa yang harus
anda lakukan? Pramugara dan pramugari selalu berpesan bahawa
kita kena pakai oksigen dengan diri sendiri dahulu baru lah kita bantu
pakaikan oksigen kepada anak jagaan kita. Dalam erti kata lain, kita
kena pentingkan diri untuk selamatkan diri sendiri dulu baru lah kita
dapat selamatkan orang lain yang kita sayang,
“Start Love Yourself” and the whole world start Love You Back. Ingin
dicintai dan disayangi, kita kena sayangi diri sendiri dulu baru lah
yang lain juga turut menyayangi mu.
Lebih banyak kita sayang diri kita, lagi banyak kita ambil berat
tentang diri kita, lagi ramai orang mula datang sayang kita dan ambil
berat kita. Bahagia kan?

