Page 2 - PowerPoint Presentation
P. 2

DENGAN MENEMUI DIRIKU, AKU BAHAGIA


               Assalammualaikum dan Salam sayang dari SifuBella. Bismillahirahmanirahim,
           alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH dan ku panjatkan syukur kepada mu YA RABB,

             yang maha penyayang lagi maha mengasihani. Terima kasih atas ilham yang kau
          berikan kepada ku ya ALLAH. Aku hanya lah perantara yang kau berikan aku ilham ini

           untuk aku berkongsi kepada mereka yang sedang membaca ini. Tanpa kurnia-MU YA
           RABB, mustahil lah untuk aku dapat menyiapkan sebuah eBook ini pada waktu yang

                                                     tepat.


         Perkongsian dan penulisan SifuBella ikhlas dari hati kecil ni, catatan harian SifuBella dan
            pengalaman SifuBella sendiri dalam menjalani kehidupan normal sebagai seorang

        manusia biasa yang tak lari dari pelbagai cabaran dan dugaan yang di lalui sehingga lah
                                dapat menemukan kebahagiaan yang hakiki.


           Semua orang mahu jadi bahagia kan? Tidak kira lah orang tu kaya atau sebaliknya.
         Namun apa yang SifuBella selalu perhatikan orang sekeliling, ramai yang suka merungut

           yang hidupnya kurang bahagia, mungkin juga di sebabkan banyak yang di inginkan

           dalam kehidupan tu tidak kesampaian. Atau mungkin  juga dia sendiri tidak tau apa
                                yang benar-benar membuatkan dia bahagia?


          Bagi SifuBella lah kan… Bahagia tu adalah EMOSI. Jika Emosi kita rasa GEMBIRA maka
          kita juga rasa BAHAGIA. Ramai orang gagal mengawal Emosi akibatnya cepat marah-

            marah, cepat moody (tiada mood), rasa bosan, rasa tertekan bahkan mungkin rasa
                                            KEMURUNGAN. Betul?


          Dan Terkadang ada yang rasa dia sudah mempunyai segalanya, maksud SifuBella tu…

            Ada Rumah impian, Ada Kereta impian, Ada pasangan hidup, Ada Anak-Anak, Ada
         Keluarga yang memahami, Ada DUIT… Boleh di katakan semua sudah ada? Namun jauh

                                       di sudut hati nya rasa “SUNYI”.


          Semoga 10 Nota Bahagia Versi SifuBella Dalam eBook Ini Dapat Membantu Kamu Yang
                        Sedang Baca Ini Untuk Terus Berbahagia Dengan Cara Kamu.


                                   ...Bersambung di muka surat seterusnya
   1   2   3   4   5   6   7