Page 10 - PowerPoint Presentation
P. 10

KATA ALU-ALUAN PENGETUA





             Bismillahirrahmanirrahim...
             Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.


             Alhamdulillah, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah sama-
             sama berusaha dalam menghasilkan Pelan Strategik Operasi SMK Takis tahun 2022 – 2024.


             Tunjang kepada proses pendidikan yang berkesan harus berupaya melahirkan pelajar yang seimbang dari segi kurikulum

             dan sahsiah yang baik. Dalam hal ini, semua aktiviti di sekolah perlu menjurus untuk mencapai matlamat murni ini.


             Dalam mengharungi dunia pendidikan yang kian mencabar kini, para guru perlu bergerak seiring dengan perkembangan
             semasa sejajar dengan Pembelajaran Abad ke-21 yang menuntut agar guru-guru lebih proaktif, kreatif, dan berinovatif.
             Dengan adanya PSO ini, ia akan dapat dijadikan panduan dalam melancarkan pengurusan pendidikan dalam melahirkan
             kecemerlangan sekolah.


             Saya berharap agar semua warga sekolah dapat meningkatkan tadbir urus dan akauntabiliti dalam melaksanakan tugas
             dan tanggungjawab yang diamanahkan supaya sekolah cemerlang dapat dibudayakan di samping dapat melahirkan
             kemenjadian murid.



             Sekian, terima kasih.


             PROUD TO BE TAKISTARS


             SAFRI BIN JEFFRI
             Pengetua, SMK Takis, Papar.
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15