Page 15 - tugasan 3 bmmb1134
P. 15
Isu Budaya
( Percampuran kod)
Sebagai contohnya , seseorang itu mencapur adukkan bahasa melayu rasmi dengan dialek bahasa lain agar
dilihat lebih 'trendy'. Budaya pencampuran kod ini diterapkan dalam bahasa kerana Tujuan karikatur
menggunakan percampuran kod mungkin untuk menarik perhatian pembaca untuk membaca isi dan tema
yang ingin disampaikan olehnya. Justeru Percampuran kod yang digunakan di dalam dialog tersebut terdiri
daripada gabungan dua bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, singkorf, dan dialek. Contoh, dialog
antara lelaki dan perempuan tersebut ' U, i nak eat at warung tu' maka dalam bahasa ini berlakunya
pencampura kkod dua bahasa. Ini adalah kerana pengaruh sekeliling yang sering digunakan atau dibesarkan
dengan bahasa modern.
Percampuran kod (code mixing) merupakan satu fenomena biasa dalam kalangan mereka
yang boleh berbahasa lebih daripada satu. Percampuran kod berlaku apabila seorang
bertutur mencampuradukkan bahasa atau dialek dengan bahasa atau dialek yang lain atau
antara satu dialek dengan dialek-dialek lain. Fenomena ini amat berleluasa di Malaysia
kerana di sini terdapat pelbagai jenis bahasa dan dialek seperti bahasa Melayu, Cina, Tamil
dan suku kaum serta dialek tempatannya.

