Page 10 - tugasan 3 bmmb1134
P. 10
Penyampaian melalui saluran kedua
Penyampaian maklumat melalui saluran kedua merupakan komunikasi yang melibatkan melebihi daripada dua orang.
Penyampaian maklumat ini melibatkan orang tengah di mana komunikasi merupakan interaksi sosial antara sekurang-
kurangnya dua ejen berinteraksi.
Matlamat utama komunikasi saluran kedua ini merupakan sejenis komunikasi yang kedua-dua pihaknya saling
menghantar dan menerima maklumat.
Penyampaian melalui saluran kedua ini tidak se-efisien seperti penyampaian maklumat secara terus kepada penerima
maklumat . Hal ini dikatakan demikian kerana penyampai menyampaikan kepada orang tengah maklumat dan orang
tengah itu tidak semestinya akan menyampaikan maklumat yang sama seperti maklumat asal dengan 100%.
Hal ini dikatakan demikian kerana, kemungkinan terdapat halangan seperti ketidak fahaman akan maklumat yang
disampaikan, serta orang kedua itu lupa akan maklumat yang disampaikan.
Contohnya, guru kelas memberi arahan kepada ketua kelas kemudian ketua kelas akan menghantar maklumat atau
arahan tersebut kepada rakan sekelas yang lain . Kemungkinan besar , maklumat yang disampaikan tidak semestinya
tepat maka akan berlaku kesalahan maklumat .

